Pada penghujung bulan September baru-baru ini telah berlangsung Kelantan International Bike Week Vol. 10 bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad V, bertempat di perkarangan tempat letak kereta Stadium Sultan Muhammad ke IV.
Hampir 15,000 peserta dari pelbagai kumpulan motosikal hadir memeriahkan acara selama tiga hari yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud. Turut sama hadir di majlis perasmian ialah YAM Tengku Temenggong Kelantan, YAM Tengku Temenggong Terengganu, Mantan Menteri Besar Kelantan, Exco Pelancongan Kelantan serta Pengarah Pelancongan Negeri Kelantan.
EBIXON turut serta mempamerkan model-model motosikal elektrik iaitu BOLD, KRUZ, TCMax dan CPX Pro dengan sokongan jualan daripada wakil pengedar kami, Kemudi Bikers Sdn Bhd.